Joe Jonas dilaporkan berpisah dengan Tatiana Gabriela selepas setahun bercinta

Hubungan Joe Jonas dengan model Tatiana Gabriela dilaporkan sudah berakhir selepas lebih setahun mereka bersama. Menurut laporan The Sun, Tatiana, 30, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu beberapa minggu lalu.
Pasangan tersebut dikatakan semakin jarang meluangkan masa bersama kerana tuntutan kerja masing-masing. Sumber yang dipetik laporan itu berkata Joe sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga, manakala hubungan mereka turut berdepan isu kepercayaan. Keadaan tersebut dipercayai menyumbang kepada perubahan dalam hubungan mereka.
“Mereka banyak berseronok bersama dan sebenarnya sangat serasi. Namun, buat masa ini, mereka mempunyai gaya hidup berbeza,” kata sumber berkenaan.
Joe kini sedang menjayakan siri jelajah Burning Up Tour All Over Again bersama adiknya, Nick dan Kevin Jonas. Jelajah itu dijadualkan berlangsung sehingga penghujung tahun ini. Dalam masa sama, penyanyi itu turut memberi perhatian kepada dua anak perempuannya, Willa dan Delphine, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Sophie Turner.
Joe dan Tatiana mula dikaitkan sebagai pasangan sekitar penghujung 2025 selepas mereka berkongsi foto percutian bersama. Laporan itu menyebut komitmen kerjaya dan keluarga mungkin menyukarkan Joe memberi perhatian kepada hubungan cinta.
Joe dan Sophie berkahwin pada 2019 sebelum mengumumkan perpisahan pada September 2023. Artikel berkenaan turut menyatakan pasangan itu pernah menjalani mediasi selama empat hari, selepas itu Joe tidak meneruskan rancangan untuk bercerai dengan Sophie.
Sumber ↗